Maps Gallery
Maps Gallery is a space to show interactive map for sharing, web maps, collection of storymaps and also applications that have been developed under the MyGDI programs to promote sharing of geospatial informations.
Storymap Specialist Private Hospitals ini memaparkan taburan lokasi Hospital Pakar Swasta di Malaysia. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti maklumat hospital, alamat, nombor telefon, laman web dan gambar. Ia bagi memudahkan pengguna mengetahui lokasi terdekat hospital swasta untuk dituju ketika kecemasan selain hospital kerajaan.
|
Lokasi Pelancongan Negeri Perak
Storymap ini memaparkan kepelbagaian tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati oleh para pengunjung ke Negeri Perak Darul Ridzuan. |
Storymap ini memaparkan kepelbagai tempat-tempat menarik yang boleh menarik minat pengunjung untuk memilih Negeri Kelantan sebagai lokasi pelancongan dan percutian bersama keluarga. Negeri Kelantan juga dikenali sebagai gelaran Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kepelbagaian juadah makanan yang enak dan lazat yang berasal dari Negeri Kelantan juga menjadi daya penarik untuk pengunjung berkunjung ke sini. |
The Best Accommodations in Terengganu
Storymap ini memapaparkan tempat-tempat penginapan menarik dan tercantik yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung yang ingin bercuti bersama keluarga di Terengganu. Kepelbagaian khazanah yang berharga di Terengganu menjadi daya penarik kepada para pengunjung untuk mengunjungi Terengganu sebagai destinasi percutian utama. |
Storymap ini menceritakan mengenai lokasi dan kemudahan yang menarik yang terdapat di sekitar Paya Indah Wetlands. Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands. |
Memaparkan maklumat tempat-tempat yang digemari dan menawarkan makanan yang lazat di sekitar kelantan. Maklumat lokasi tempat makan menarik di sekitar kelantan di harap memudahkan para pengunjung yang bukan dari Kelantan untuk mencuba selera masakan-masakan yang pelbagai dan lazat di Kelantan. |
Perlis lies at the northwestern tip of the Malay Peninsula bounded by Thailand in the north, and by Kedah to the east and south. Its western coastline borders the Straits of Melaka. It measures approximately 810 sq km and has a population of 217,480. The state capital is Kangar. Perlis smallest state in Malaysia, but it boasts a wealth of natural, cultural and historical splendours that rival the bigger states. You may be mesmerised by the many quaint villages, picturesque scenery and centuries-old traditions wherever you go.
|
Memaparkan maklumat lokasi-lokasi muzium di Malaysia. Ia Menyenaraikan lokasi muzium di Malaysia berserta dengan alamat, waktu lawatan dan bayaran yang dikenakan.
|
Memaparkan tempat-tampat pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia. Meliputi maklumat seperti Nature , Islands, Beaches dan Culturals . Dibangunkan menggunakan peta interaktif bergambar bagi memudahkan pengguna mengenali lebih tempat-tempat menarik di Malaysia
|
Lokasi Pawagam di Lembah Klang Memaparkan lokasi-lokasi pawagam yang terdapat di Lembah Klang untuk dikunjungi.
|
Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Mutiara yang menyimpan sejuta khazanah berharga buat Malaysia. Pulau Pinang merupakan tempat yang menarik wajib untuk dikunjungi seperti Batu Feringghi dan Bandar Georgetown, Pulau Jerejak, Pulau Aman dan kawasan paling menarik di kawasan Teluk Bahang. Selain itu Pulau pinang antara negeri yang mempunyai banyak Muzium untuk dilawati. Melalui storymap ini diharapkan dapat membantu anda mengenalpasti dan seterusnya mengunjungi lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Negeri Pulau Pinang.
|