What is NGIS?

Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau dikenali sebagai ‘National Geospatial Information Symposium' (NGIS) adalah merupakan aktiviti dwi tahunan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Penganjuran pada kali ini adalah merupakan penganjuran NGIS Ke-7 yang diadakan sebagai forum perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Simposium ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan teknologi geospatial. 

 

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) sebagai organisasi yang bertanggungjawab menyelaraskan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial sektor awam di Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan penganjuran NGIS ini.Semenjak diadakan bermula tahun 2004, sebanyak lima (6) persidangan NGIS telah diadakan yang berjaya menarik penyertaaan yang menggalakkan dari sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi serta orang awam. 

 

Objektif Penganjuran

  • Menyediakan platfom untuk membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini. 
  • Merealisasikan misi kerajaan ke arah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor. 
  • Merangsang transformasi pengurusan maklumat geospatial ke arah wawasan negara. 

 

Siapa Perlu Hadir

  • Pengurusan Tertinggi/Pembuat Keputusan​
  • Pegawai Kerajaan Pelbagai Skim Perkhidmatan
  • Pegawai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
  • Pegawai Sektor Swasta Pelbagai Bidang
  • Ahli Akademik
  • Pelajar Universiti Awam/IPTS

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi NGIS di alamat url http://ngis.mygeoportal.gov.my atau hubungi kami untuk pertanyaan atau untuk menyertai pameran semasa seminar NGIS berlangsung.

 

Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),

Aras 7&8, Wisma Sumber ASLI,

No.25, Persiaran Perdana,

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62574, Putrajaya

 

No Tel : 03-8886 1111 | Faks : 03-8889 4851 | Emel : ngis@macgdi.gov.my